Saturday, March 29, 2014

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2014







__________________________________________________________________________________                                                               
                                                                                                Ruj. Kami: PIBG.SKTJ/221/06/02/12(62)
                                                                                                Tarikh:       26 Mac 2014

Kepada,
Ibu Bapa/ Penjaga
Pelajar-pelajar SK Tok Jiring

Tuan,

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20, 2014

Salam sejahtera. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Tok Jiring kali ke–20, akan diadakan seperti berikut:

                Tarikh                 : 05 April 2014 (Sabtu).
                Masa                   : 8.30 pagi.
                Tempat                : Kantin SK Tok Jiring.

2.            Sehubungan dengan itu, dengan hormatnya dipersilakan tuan hadir ke majlis tersebut sebagaimana ditetapkan di atas.

3.            Kehadiran tuan ke mesyuarat ini amatlah diharapkan. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menurut perintah,


(ROSLAN BIN ABDULLAH)
Setiausaha PIBG,
SK Tok Jiring.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
……………………………………………
……………………………………………

Tuan,

Kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20, 2014

Saya ………………………………………………………. No. KPT:………………………….. *bersetuju/ tidak bersetuju untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20 ini.
Jika ada sebarang usul yang hendak dikemukakan, sila serahkan kepada Setiausaha PIBG selewat lewatnya pada, 01 April 2014
 
Sekian, terima kasih.

Yang benar

…………………………………………
(                                                             )
* Potong mana yang tidak berkenaan. * Sila hantar borang ini selewat-lewatnya pada 01 April 2014.

SK TOK JIRING MENUJU SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Pada Mac 2014, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Semoga SK Tok Jiring terus gemilang.

"Sungguh Sokmo"

Sunday, March 31, 2013

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM 2013


Pengerusi Program Ceramah Ustaz Tarmizi

Penceramah Jemputan Dari UNISZA

 
Peserta Perkhemahan Khusyuk Mendengar Ceramah

 

Pertandingan Kraftangan Daripada Bahan Terbuang







Pertandingan Kawad kaki




Sunday, February 17, 2013

KEJONANAN MERENTAS DESA 2013

Perasmian Kejohanan Oleh;
Tuan Guru Besar, Pn. Hjh. Hafsah bt. Mohamad.

 Taklimat Kepada Peserta Oleh Cikgu Abdullah. SU Sukan SKTJ.

Upacara Memanas Badan

Peserta Memanaskan Badan

Permulaan Perlumbaan.


Laluan Mencabar.

  


 Chek Point Terakhir.

JK Hadiah.


Majlis Penyampaian Hadiah.

Peserta Terbaik Lelaki dan Perempuan.

Tahniah, Para Pemenang Lelaki.

 Tahniah, Para Pemenang Perempuan.

Tahniah, Cikgu Saiful Menjulang Trofi Kejuaraan Bagi Rumah Merah (Hang Lekir).

Wednesday, February 6, 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JIRING
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Ucapan dan Pesanan
Pn. Hjh. Hafsah bt. Mohamad
Tuan Guru Besar SK Tok Jiring
Semperna Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Sekolah
31 Januari 2013

 Ucapan NYDP PIBG SK Tok Jiring
Tn. Hj. Yaman Nasir b. Endut

Ucapan Pengerusi Majlis Ceramah di Masjid Wakaf Tembesu
Us. Mohd Zainuddin b. Ariffin

Kata-kata Aluan Penyelaras Program
Us. Zakaria b. Muda

Penceramah Jemputan




Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SK Tok Jiring, merupakan satu aktiviti bersemperna kedatangan Bulan Rabiulawal, diharapkan agar semua murid dapat menghayati kelebihan Bulan Rabiulawal disamping mengamalkan sunnah-sunnah Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Semoga semua menghayati dan menjadi insan yang bertakwa kepada Allah dan mencintai Baginda Rasulullah.


BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

MAJLIS BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

 Ucapan Tuan Guru Besar, SK Tok Jiring.
Puan Hajah Hafsah bt. Mohamad.

Ucapan En. Maslan, Wakil PPD Kuala Terengganu.

Ucapan Perasmian:
YB Tn. Hj. Muhammad Ramli b. Hj. Nuh

Para ibu bapa yang menerima bantuan khas.
Terima Kasih Malaysia.

 


Wednesday, January 18, 2012

JADUAL TOV DAN OTI 2012

1. Ujian Pengesanan (TOV 2012) : 29 Januari 2012 hingga 31 Januari 2012
2. OTI 1 : 6 Mac 2012 hingga 8 Mac 2012
3. OTI 2 (Pertengahan Tahun 2012) : 20 Mei 2012 hingga 24 Mei 2012
4. OTI 3 (Pra Percubaan UPSR 2012) : 3 Julai 2012 hingga 5 Julai 2012
5. OTI 4 (Percubaan UPSR 2012) : 13 Ogos 2012 hingga 15 Ogos 2012
6. Tambah Nilai UPSR 2012 : 3 September 2012 hingga 5 September 2012
7. UPSR 2012 / OTI 5 : 11 September 2012 hingga 13 September 2012
8. OTI 6 (Peperiksaan Akhir Tahun 2012) : 14 Oktober 2012 hingga 18 Oktober 2012

LATIHAN MERENTAS DESA

Latihan pertama melibatkan semua murid tahap dua dan guru, jam 5 petang, 18 Januari 2012.

Tuesday, August 9, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

1. Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith).

2. Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan  puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)